BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 12, 2010

Ibu, Adik Cuma Ingin Bertanya ( kehebatan cinta februari )

Sebenarnya video nie aku dapat dari email. Sedih & ngeri bile tengok video nie. Pada asalnya gamba2 dalam video nie gamba bayi yang dibuang tapi bile mengenangkan takut ade yang ngeri nak tengok, aku edit sikit video ni. Aku tukarkan dengan gamba2 yang lebih santai untuk dilihat. Lihat dan hayatilah video nie ( segala cerita yang ada didalamnya ). Sama - samalah kita berdoa semoga ALLAH merahmati jenazah2 bayi yang dibuang oleh mereka yang tidak berperi kemanusiaan. Amin. Sebarkan semoga ia menjadi iktibar kepada semua insan.







Kehebatan Cinta Februari

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?

Bu, adik Cuma ingin bertanya...
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....

Thursday, August 5, 2010

Kemalangan Ngeri........


Berderau juga darah aku bile tengok gambar kemalangan nie. Tapi Allah masih menyanyangi hambanya tambahan pulak wanita tue mengandung. Sama2lah kita berdoa semoga dijauhkan dari semua musibah seperti ni. Amin.....


Klik gambar di bawah nie untuk tengok lagi gambar kemalangan tersebut. Sama2 kita lihat betapa besarnya kuasa Allah Yang Maha Esa..

kemalangan ngeri

Monday, August 2, 2010

Benarkah Melayu Semakin Layu.........




Malique feat Tun Dr.Mahathir-Layu
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Khas Buat Mu...........

Terima kasih Sayang kerana telah membahagiakan diri ini........... Semoga segala apa yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan......... Kau umpama bidadari kayangan.....